Well, I love to make a new friendship, Si Tipis :*, and everything make me feel happy. I hate all about insect a lot. Why? Because I had a dream, there is insects surrounded me. Very crazy dream, ever I had. I love cat :3 I think I have a CRAZY LIFE. If you know my story life, you will shock and cry. Okay, ignore it. Right now, you already know some about me.
Rules :
• Link exchange currently OPEN again :D
• You delete mine, i'll delete you! I always check it now!
-delapan- | Afiqah | Aliyah | Alia LJoe | AlynHyunnie | Amy Whorecrux | Athirah | Athirah | Aryana | Azimah Azlan | Cik Atiwa | Cindy | Dinda | Fatin | FennyMoo | Fija | Ilud | Ivan | Iyka | Joanna | Ka Lettha xD | Ka Ziera | Kezia EC | Lalaa | Liyana | Mede | Nick | Nida | Nissa | Nurhusna | Pixiie | Putri Aulia | Ratrii | Scha Marchello | Syifa | Thealienoidz | Vans | Widha | Zhyzhy Chin
Your tagboard comes in here. Just an image. It will be nice if, width: 85% and height: 100px

Hey!For those who not read it yet,read my first title of Rahsia Maya.
Bab 1
Angan-angan Nisha
Hujan turun semakin lebat. Seorang budak perempuan berusia 15 tahun bernama Nisha masih lagi termangu di hadapan rumahnya. Jam di dinding rumahnya dijelingnya. Sudah satu jam dia menunggu masa hujan berhenti.Sepatutnya sekarang ini dia sudah berada di padang dan berkumpul bersama rakan-rakannya. Tetapi hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya menyebabkan dia terpaksa membatalkan niatnya untuk ke padang.
“Bosannya. Bilakah agaknya hujan mahu berhenti? Lebih baik aku duduk di dalam bilik,” bisik Nisha dalam hati.
Nisha mengunci pintu rumahnya dan menuju ke biliknya. Sebaik sahaja dia masuk ke biliknya,Nisha menghempaskan badannya ke katil. Beberapa minit kemudian, dia mengambil salah satu daripada buku komik kegemarannya di rak,iaitu ‘Detektif Conan’ dan memasang radio. Dia kembali ke katil dan menghempaskan badannya buat kali yang kedua. Nisha meletakkan kepalanya di atas bantalnya yang empuk lalu membaca buku komik yang diambilnya tadi.
@@@@@@
Nisha berada di suatu tempat yang agak asing baginya. Dia terlihat ramai orang yang berkumpul di sekelilingnya.Ada di antara mereka yang memegang kamera dan dihalakan ke arahnya seolah-olah mereka mahu mengambil gambarnya. Cahaya yang dihasilkan oleh beratus-ratus kamera amat menyakitkan mata Nisha. Nisha juga terlihat ramai anggota polis sedang cuba menghalang orang ramai daripada melepasi halangan yang telah dipasangkan di sekelilingnya.
Tiba-tiba Nisha merasakan tangannya dicuit seseorang. Nisha segera berpaling ke belakang dan mengeluh lega sebaik sahaja melihat wajah orang yang mencuitnya. Rupa-rupanya Syira,kawan baik Nisha.
“Nisha,you are so cool! How did you that? Excellent!” kata Syira seraya tersenyum bangga.
“Syira, apa maksud awak? Saya tak faham,” Nisha tertanya-tanya apakah yang telah berlaku.
“Maksud saya, awak telah membuat satu deduksi penyiasatan yang bagus. Awak memang hebat. Saya tabik pada awak.”
“Ha? Apa yang saya sudah buat? Apa yang dah berlaku sebenarnya, Syira?” Nisha mengajukan soalan bertubi-tubi kepada Syira. Dia bertambah hairan apabila mendengar jawapan Syira tadi.
“Eh, kawan kita ni buat-buat lupa pula! Takkan awak sudah lupa ,awak dah selesaikan satu kes pembunuhan di tempat ini. Awak sudah menjadi seorang detektif! Awak kini dikenali orang ramai!” Syira menjelaskan kepada Nisha dengan bersungguh-sungguh.
“Apa? Saya seorang detektif? Saya dikenali orang ramai? Biar betul?!” Nisha berasa tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.
“Yes,my friend.Awak sudah menjadi popular di seantero dunia! Jika awak sudah popular, saya tumpang bangga dengan awak. Satu perkara lagi, saya pasti ramai pelajar lelaki di sekolah kita akan tergila-gilakan awak. Terutama sekali Zack yang awak minat sangat-sangat tu.”
Setelah mendengar penjelasan Syira, Nisha mula faham satu persatu tentang apa yang telah berlaku pada dirinya. Dia tersenyum sendiri. Dirinya sudah menjadi seorang detektif! Dia sudah menjadi popular dan terkenal di seluruh Malaysia! Impiannya untuk menjadi seorang detektif yang popular sudah tercapai!
“Eh, mengapa awak tersengih-sengih? Awak berangan-angan hendak menjadi teman wanita si Zack tu,kan? Jangan bimbang, saya pasti tidak lama lagi Zack akan jadikan awak sebagai teman wanitanya,” gurau Syira. Gurauan Syira membuatkan Nisha tersentak daripada lamunan.
“Hish! Awak ni merepek sajalah Syira. Mana ada saya berangan nak jadi teman wanita si Zack tu. Saya rasa Zack lebih sukakan Amelia yang perasan cantik tu daripada saya,” Nisha cuba menafikan gurauan Syira.
“Eleh! Macamlah saya tidak tahu. Oh ya! Bercakap tentang Zack, dia pun ada di sini,” kata Syira tanpa disoal.
“Apa?! Dia pun ada di sini?” Nisha terkejut.
“Ha, itu pun dia,” Syira menuding jari ke arah Zack yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
“Dia sedang menuju ke arah awak, Nisha. Pergilah bersemuka dengannya. Inilah peluang awak,” sambung Syira sambil tersenyum penuh makna.
Nisha mula panik dan cuba mengelakkan diri daripada bersemuka dengan jejaka idaman hatinya itu. Nisha tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada jejaka itu. Budak perempuan itu kelam kabut memikirkan cara untuk tidak bertembung dengan Zack. Tetapi belum sempat Nisha berbuat sesuatu, bahunya dipegang seseorang dengan erat. Hatinya mula berdebar-debar dan tertanya-tanya. Siapakah gerangan yang memegang bahunya dengan erat seolah-olah orang itu tidak mahu melepaskannya? Adakah Zack?
Nisha meneguk air liur dengan perlahan-lahan dan berpaling ke belakang. Nyata sangkaannya benar dan Zack sedang tersenyum kepadanya. Apabila Nisha melihat senyuman Zack yang menggoda, debar dalam dada Nisha menjadi dua kali ganda kencang. Nisha tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Lidahnya sudah hilang fungsi berkata-kata. Dia hanya mampu memandang Zack dengan matanya. Tetapi, lidahnya berfungsi semula setelah Zack memulakan bicara.
“Hai Nisha.” sapa Zack.
“Err.. ha.. hai.. Z.. Zack. Aw.. awak buat a.. apa di sini?” jawab Nisha tergagap-gagap.
“Saya datang nak jumpa awaklah. Awak sungguh hebat, Nisha. Saya kagum dengan daya penyiasatan awak. Kes pembunuhan yang berlaku di sini telah diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat disebabkan daya penyiasatan awak yang setanding dengan detektif fiksyen terkenal, iaitu Sherlock Holmes.” puji Zack disertai dengan perasaan kagum.
“Betul ke? Te.. terima kasih,” balas Nisha dengan tersipu-sipu. Mukanya mula menjadi merah. Walaupun Nisha tidak tahu apa yang telah berlaku, tetapi baginya itu tidak penting. Apa yang penting sekarang ialah kebahagiaan yang dia sedang hadapi sekarang. Dia bahagia kerana dapat bercakap dengan jejaka idaman hatinya kerana mereka tidak pernah bercakap atau berbual walaupun mereka rakan sekelas. Dia juga bahagia kerana dipuji oleh Zack. Pendek kata, dia berasa sungguh bahagia!
“Eh! Apa yang mengalir kat hidung aku ni?” tanya Nisha kepada dirinya sendiri. Semasa Nisha sedang dilamun bahagia, tiba-tiba dia berasa ada sesuatu yang mengalir keluar dari hidungnya.
“Nisha, ada darah mengalir keluar dari hidung awak,” kata Zack yang terperasan ada sesuatu cecair berwarna merah keluar dari hidung Nisha.
“Apa?! Darah?! Sesiapa tolong panggil polis atau ambulans datang ke sini!! Hidung saya berdarah!!” Nisha mula menggelabah dan berlari tidak tentu arah.
“Relakslah, Nisha. Tak kronik pun. Hidung awak dah berdarah sebab ehemm… ehemm…” kata Syira yang sejak dari tadi tidak bersuara. Dia sedang asyik menonton detik-detik indah Nisha bersama Zack. Nisha terdengar kata-kata Syira lalu menunduk malu.
“Nah, ambillah sapu tangan ni.” Zack memberikan sapu tangannya kepada Nisha.
“Tidak mengapalah. Itukan sapu tangan awak. Saya boleh ambil tisu atau sapu tangan yang lain saja,” Nisha menolak.
“Ambil sajalah. Tidak mengapa. Lagipun ini kes darurat,” kata Zack sambil tersenyum. Senyuman Zack itu membuatkan Nisha terpaku memandangnya. Debar di dalam dada Nisha sudah bertambah lima kali ganda kencang. Darah yang mengalir dari hidung Nisha semakin banyak.
“Nisha, cepat ambil sapu tangan ni dan lap hidung awak tu. Darah dari hidung awak semakin banyak. Saya risau awak pengsan nanti,” sambung Zack.
“Oh! Maafkan saya,” Nisha segera mengambil sapu tangan dari Zack dan mengelap darah yang keluar dari hidungnya. Zack risaukan dirinya! “Saya rasa macam nak pengsan sekarang Zack! Awak sangat mengambil berat tentang saya. Bahagianya saya sekiranya dapat bersuami dengan awak!” Kata-kata yang hanya tersekat di dalam hati Nisha menunjukkan betapa kroniknya penyakit angau Nisha terhadap Zack!
“Zack, sejak dari tadi saya nampak awak macam sembunyikan sesuatu di belakang awak saja,” soal Nisha. Dia hairan kerana Zack sentiasa membelakangkan tangannya sepanjang perbualan mereka.
“Saya mahu beritahu awak sesuatu. Awak tolonglah dengar apa yang saya nak cakap,” kata Zack dengan muka yang merona merah. Nisha menjadi bertambah hairan dengan reaksi Zack.
“Sebenarnya Nisha, saya dah lama perhatikan awak. Di mata saya,awak seorang yang sangat cantik. Lebih cantik daripada perempuan lain. Awak juga bijak dan happy go lucky. Awak mempunyai banyak ciri-ciri wanita idaman saya. Pendek kata, awak sangat sempurna. Saya sudah lama memendam perasaan terhadap awak, Nisha. Saya sukakan awak!” Zack meluahkan perasaannya yang dipendam selama ini kepada Nisha.
“Apa… apa yang awak cakap ni, Zack? Awak cakap saya lagi cantik daripada perempuan lain? Maksudnya lagi cantik daripada Amelia? Awak sukakan saya? Biar betul?!” Nisha betul-betul terperanjat. Mulutnya ternganga luas. Dia sungguh tidak percaya yang Zack telah meluahkan perasaan kepadanya.
“Mestilah betul. Awak memang cantik. Cantik daripada perempuan lain. Sebenarnya,cantik daripada Amelia. Awak ragu-ragu dengan kata-kata saya? Saya benar-benar sukakan awak. Kalau awak tak percaya, saya akan buktikannya,” jawab Zack dengan muka yang serius.
Belum sempat Nisha berkata-kata, Zack berjalan menghampiri Nisha. Dia melutut dengan sebelah kaki betul-betul di depan Nisha.
“Saya sangat sukakan awak. Sudikah awak menjadi teman wanita saya, wahai Tuan Puteri Nisha?” Zack berkata-kata seperti seorang putera sambil memberikan sejambak bunga ros kepada Nisha.
Terkejut Nisha!
Terkesima Syira!
Terbeliak mata semua orang yang berada di situ. Mereka menunggu respons Nisha. Sama ada sudi atau tidak menjadi teman wanita gerangan remaja bernama Zack itu.
Nisha pula tidak terkata apa-apa. Mukanya merah padam. Dia tidak sangka yang jejaka idamannya meminatinya dalam diam. Bukan sahaja meluahkan perasaan, siap bagi bunga ros lagi! Apa yang sudah terjadi sebenarnya ini? Serabut kepalanya!
Tapi Nisha tidak mahu melepaskan peluangnya. Ini satu-satunya cara untuk mendekati Zack yang selama ini tidak melayannya.
“Sebenarnya saya pun dah lama sukakan awak tapi saya hanya mampu memandang awak dari jauh. Saya ingat awak sukakan Amelia sebab awak nampak rapat dengan dia. Terus-terang, saya berasa sedikit cemburu apabila saya lihat awak bergelak-ketawa bersamanya.” Nisha mengaku dengan lambat-lambat sekali. Pasti malu mahu berterus-terang tentang perasaannya.
“Takdelah. Dalam hati saya cuma ada awak je,” jawab Zack.
“Memandangkan awak dah melamar saya, saya terima sajalah,” sambung Nisha sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang.
Zack tersenyum. Zack bertepuk tangan meminta perhatian. “Perhatian semua! Mulai hari ini, Nisha binti Fadli adalah teman wanita saya!” Semua wartawan dan pemberita mengambil gambar Zack dan Nisha. Semua peminat perempuan Zack sudah menjerit perkataan “tidak”. Kecewa kerana Zack sudah mempunyai buah hati. Kecewa kerana tidak berkesempatan mempunyai Zack sebagai teman lelaki.
Muka Nisha merah padam apabila dia diisytiharkan dengan kuat sebagai teman wanita Zack, ahli kumpulan Zoom In, di hadapan orang ramai. Siap diisytiharkan nama penuhnya lagi.
“Hey, kenapa ni? Awak malu ya? Merah muka awak,” kata Zack sambil tersengih.
“Mestilah malu! Pandai-pandai aje awak beritahu semua orang yang saya ni teman wanita awak,” ujar Nisha.
“Laaa…bukan awak sendiri yang setuju nak jadi teman wanita saya?” balas Zack pura-pura tidak faham.
“Maksud saya, janganlah beritahu kuat-kuat!”
“Relakslah. Lama-kelamaan nanti orang tahu juga. Saya akan memberikan layanan yang istimewa dan terbaik kepada awak, Nisha. Mulai hari ini, saya minta awak jaga saya baik-baik ya!” Zack memberikan senyuman yang paling manis kepada Nisha.
Nisha terpegun seketika melihat senyuman manis Zack. Dia pula membalas senyuman Zack dengan senyuman yang tidak kurang juga manisnya. “Baiklah!”
Dia berharap mimpinya berterusan…
“Nisha! Nisha! Bangun!” Tiba-tiba, ada satu suara bergema di kawasan itu. Suara yang bergema itu menggangu mimpi Nisha.
“Eh, suara siapa pula tu?” tanya Nisha dalam hati.
“Nisha, bangun. Tak baik tidur waktu lewat petang macam ni.” Tubuh Nisha digoncang seseorang. Serta merta Zack, para pemberita dan wartawan dan orang ramai hilang dari pandangan Nisha.
@@@@@@
Mata Nisha terbuka. Penglihatan Nisha masih kabur. Nisha menggosok-gosok matanya. Lama-kelamaan penglihatannya semakin jelas.
“Eh, kenapa semua terbalik ni? Saya bermimpi lagi ke?” Nisha terlihat sofa kesayangannya, radio, komputer dan lain-lain dalam keadaan terbalik. Perabot-perabotnya berada dalam keadaan yang tidak betul. Nisha cuba menggerak-gerakkan badannya. Tiba-tiba, dia berasa geli kerana perutnya digeletek oleh seseorang.
Bukk!! Kepala Nisha terhantuk ke lantai. Sakitnya bukan kepalang lagi. Kemudian, badannya juga jatuh ke lantai.
“Aduh, sakitnya kepala saya! Janganlah buat saya macam tu, Syira!” marah Nisha sambil menggosok-gosok kepalanya.
“Padan muka awak. Siapa suruh tidur lewat petang sampai separuh badan terjatuh? Buruk betul gaya awak tidur! Puas saya kejutkan awak tapi awak tak bangun-bangun,” jawab Syira sambil memegang perutnya kerana ketawa tidak berhenti-henti sejak tadi.
“Sampai hati awak kata begitu pada saya. Saya tak mahu berkawan dengan awak lagi,” Nisha memuncungkan mulutnya sambil memusingkan badannya supaya tidak menghadap muka Syira.
“Alah, janganlah merajuk. Saya tak larat nak angkat awak untuk betulkan kedudukan awak masa awak tidur tadi. Sebab tu la saya biarkan saja. Saya minta maaf. Sumimasen,” Syira sempat menyelitkan perkataan maaf dalam bahasa Jepun.
“Jom,kita makan malam sama-sama. Saya ada bawa lauk yang mak saya masak untuk kita berdua.”
“Okey.Saya maafkan.Nasib baik ada lauk untuk malam iniBoleh penuhkan perut,” jawab Nisha.
@@@@@@
Ketawa Syira kedengaran di sekitar ruang dapur. “Awak mimpi sampai macam tu sekali? Patutlah tidur sampai terbalik pun tak sedar. Kronik betul angau awak pada Zack,” Syira memberi komen setelah Nisha menceritakan mimpinya setelah makan malam.
“Zack kacak dan bersuara merdu. Sesiapa pun pasti terpikat dengan wajah kacaknya dan nyanyiannya yang merdu tu,” balas Nisha.
“Hey! Bagi saya, Joe lagi kacak dari Zack awak tu!” Syira menentang kata-kata Nisha.
“Eh, bertenanglah. Takkan kita nak bergaduh pasal ahli kumpulan Zoom In pula. Okeylah, Zack dan Joe sama-sama kacak.”
“Yalah. Tapi saya rasa mustahil bagi kita berdua untuk mendampingi mereka. Kita bukannya popular. Mereka tu artis. Kita pun tidak pernah ditegur mereka. Lagipun, The Sassy Girlz dah bolot semua ahli kumpulan Zoom In. Mentang-mentanglah anak Dato’ dan popular, mereka boleh berada di sisi Joe saya pada bila-bila masa,” suara Syira mula mengendur dan wajahnya berubah sedih.
Zack dan Joe yang sering diperkatakan oleh Nisha dan Syira adalah ahli kumpulan Zoom In, kumpulan penyanyi dan pelakon yang terkenal di Korea. Kumpulan Zoom In dianggotai oleh:
1)Joe
2)Zack
3)Shahril
4)Farish
5)Azmir
6)Danny
Kumpulan Zoom In merupakan sebuah kumpulan idol Korea seperti kumpulan Beast dan Super Junior.Mereka tampak menyerlah dari segi nyanyian, tarian, imej dan personaliti masing-masing.
Masing-masing berdarah Korea tetapi mereka juga ada keturunan Malaysia. Mereka tinggal di Korea dan jarang menetap di Malaysia. Tetapi beberapa tahun yang lepas, kumpulan Zoom In menetap secara rasminya di Malaysia dan hanya balik ke Korea untuk perakaman lagu,temu bual,persembahan dan variety show. Ahli kumpulan Zoom In bersekolah di Sekolah Sri Impiana sebaik sahaja menetap di Malaysia.
Wajah kacak dan populariti mereka menyebabkan mereka sering dikejar ketika berada di sekolah. Malah, Sekolah Sri Impiana mempunyai kelab peminat kumpulan Zoom In atas desakan peminat-peminat mereka kepada guru-guru Sekolah Sri Impiana! Begitulah hebatnya aura ahli kumpulan Zoom In!
Nisha yang perasan akan perubahan wajah Syira cuba mengubah tajuk perbualan mereka. “Eh! Dari tadi lagi saya nak tanya. Macam mana awak masuk ke dalam rumah saya petang tadi? Seingat saya, saya dah kunci pintu rumah. Awak guna ilmu apa?” seloroh Nisha.
“Saya guna ilmu terowong!” balas Syira sambil tersengih.
“Apa? Ilmu terowong? Ilmu apa tu?”
“Saya guna terowong bawah tanah la. Saya dah ketuk pintu rumah awak tapi tiada orang yang buka pintu. Jadi saya pergi ke rumah Profesor Alif untuk guna terowong bawah tanah,” Syira ketawa terbahak-bahak kerana dia dapat mengenakan Nisha.
Aliff merupakan sepupu Nisha yang tinggal bersebelahan rumah Nisha. Alif diberi gelaran “profesor” oleh keluarga dan rakan-rakannya kerana Alif sangat suka mereka cipta rekaan terbaru dan dia mempunyai bilik khas untuk mereka cipta. Tetapi kadangkala ciptaannya tidak menjadi sehingga beberapa kali bilik mereka ciptanya meletup. Mujur bilik itu terletak di sebelah hujung rumah, jika tidak alamatnya seluruh rumahnya boleh meletup dan terbakar hangus!
Ibu bapa Nisha berada di Amerika kerana ibunya, Puan Angelina seorang pelakon Amerika dan sedang berlakon untuk drama lakonannya yang akan datang. Bapanya, Encik Fadli sangat risaukan isterinya pergi berseorangan dan mengambil keputusan untuk mengikutnya. Nisha anak tunggal dan tinggal berseorangan di rumah. Jadi, ibu bapa Alif selaku ibu bapa saudara Nisha menjaganya sepanjang ibubapa Nisha berada di Amerika. Alif juga bertanggungjawab menjaga Nisha apabila ibu bapa Alif tiada di rumah atas urusan kerja.
Untuk memudahkan penjagaan Nisha, keluarga Nisha dan keluarga Alif sepakat mahu membina terowong bawah tanah. Dengan cara itu, keluarga Alif mudah menengok-nengokkan Nisha.Terowong itu juga dibina untuk tujuan keselamatan. Andai kata salah sebuah rumah terbakar atau dipecah masuk perompak, mereka boleh melalui terowong itu ke rumah sebelah supaya dapat menghubungi polis, ambulans atau bomba. Pintu itu ebih kurang seperti pintu kecemasan di kedai atau bangunan.
Syira pula adalah kawan baik Nisha sejak kecil. Syira mempunyai seorang kakak dan adik lelaki. Rumah Syira terletak bersebelahan rumah Nisha juga. Sudah 15 tahun mereka berjiran. Lebih tepat lagi, mereka sudah ‘berkawan’ sejak mereka bayi. Keluarga Nisha, Aliff dan Syira sering berkunjung ke rumah antara satu sama lain. Jadi,hubungan mereka sebagai jiran amat rapat. Sejak ibu bapa Nisha meninggalkan Malaysia, ibu bapa Syira menggalakkan anak mereka menemani Nisha. Syira sering makan, belajar dan tidur di rumah Nisha. Jadi, Nisha tidak pernah keseorangan.
“Awak kenakan saya ya! Jagalah awak!” Nisha bangun dari kerusi dan mengejar Syira yang masih ketawa. Jarinya laju mengetip kuku. Syira jadi panik. Dia takut Nisha akan mencubitnya. Sudah beberapa kali dia merasai cubitan Nisha dan cubitannya amat berbisa. Syira turut bangun dari kerusi dan berlari ke ruang tamu sambil dikejar oleh Nisha.
@@@@@@
Apabila jarum jam menunjukkan pukul 10.30 malam, telefon berwarna ungu milik Nisha berdering.Ketika itu, Nisha dan Syira sedang mengemaskan majalah-majalah yang dibaca dan bersiap sedia untuk tidur. Nisha menjawab panggilan telefon itu.
“Helo.”
“Helo sayang! Ini mama ni!” Kedengaran suara seorang perempuan yang berbaur riang.
“Mama! Apa khabar? I miss you so much!” Nisha gembira mendengar suara ibunya, Puan Angelina yang dirinduinya.
“Mama baik.”
“Papa pula macam mana?”
“Papa sihat walafiat. Kamu pula macam mana? Kamu sedang buat apa?” Puan Angelina ingin mengetahui khabar Nisha.
“Saya sihat. Saya sedang kemaskan bilik. Kami baru saja nak tidur.” jawab Nisha.
“Oh, begitu. Boleh mama dengar suara Syira sekejap?”Nisha memberikan gagang telefon kepada Syira.
“Helo, Aunty! Apa khabar?” Syira kini berada di talian.
“Aunty baik-baik sahaja. Kamu sihat ke? Nisha tak menyusahkan kamu kan?”
Syira ketawa. “Takdelah aunty. Saya seronok dapat meluangkan masa dengan dia. Boleh bergosip tak ingat dunia!”
Puan Angelina tumpang ketawa. “Aunty minta maaf sebab susahkan kamu. Aunty risau sebab dia duduk seorang saja kat rumah tu. Walaupun kami dah bina terowong bawah tanah, kami masih risau. Aunty tak mahu apa-apa terjadi pada satu-satunya anak Aunty dan kamu juga. Aunty minta tolong kamu jaga dia baik-baik ya!”
“My pleasure. Tolong kirimkan salam saya pada Uncle, ya. Bye!” Syira memberi semula gagang telefon kepada Nisha.
“Bila mama nak balik Malaysia? Saya rindu nak jumpa mama dan papa.” Nisha betul-betul mahu berjumpa dengan ibu dan ayah yang tercinta. Sudah lama Nisha memendam rindu.
“Itulah sebabnya mama telefon. Mama dan papa akan balik ke Malaysia esok!” Puan Angelina memberitahu khabar gembira kepada Nisha.
“Ya ke?! Pukul berapa sampai? Bolehlah saya sambut mama di lapangan terbang nanti.” Nisha teruja.
“Tak perlu. Nanti mama jemput kamu. Bila mama dan papa sampai Malaysia,kita pergi makan malam. Ajaklah Syira dan Alif sekali. Oh ya, apa khabar Alif?”
“Dia baik. Cuma minggu lepas, bilik reka ciptanya meletup lagi. Calar-balar badan dia.” Bilik Alif telah meletup seminggu yang lalu. Entah apa yang diciptanya seorang pun tidak tahu. Sampaikan Nisha yang terpaksa menghantar Alif ke klinik berdekatan kerana ibu bapa Alif ke luar negara atas urusan kerja. Mujur dia tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Bila la budak tu mahu berhenti bahayakan dirinya sendiri? Mungkin sekarang ni dia cuma cedera, silap hari bulan boleh bahayakan nyawa.”
“Takpelah mama. Dia sangat berhati-hati dengan ciptaannya itu. Jangan risau.” Nisha memberi jaminan.
“Sekarang waktu di Malaysia sudah pukul 10.45 malam, bukan? Mama berhenti di sini dululah. Kirimkan salam mama pada Alif. Jaga diri elok-elok ya! Selamat malam!” Puan Angelina mematikan bicara mereka.
“Baiklah. Kirimkan salam saya pada papa. Selamat malam!” Nisha meletakkan gagang telefon.
“Syira! Malam esok kita bertiga perlu bersiap untuk makan malam dengan ibu bapa saya.”
“Kita bertiga? Hanya kita berdua sahaja yang ada di sini. Siapa seorang lagi?” Syira memalingkan mukanya ke kiri dan ke kanan. Dia tidak nampak sesiapa pun. Siapa seorang lagi yang Nisha maksudkan? Hantu? Orang halimunan?
Kening Nisha terjongket. “Seorang lagi tu mestilah Alif.”
“Saya pun dijemput sekali ke? Baiknya mama dan papa awak.”Syira tersenyum. Puan Angelina dan Encik Fadli memang baik dengannya. Mereka sudah menganggap Syira seperti anak sendiri.
Syira menuju ke katil dan segera menarik selimut. Nisha pula mengambil komik ‘Detektif Conan’ yang belum habis dibaca petang tadi dan mengikut jejak Syira. Kini giliran Syira pula menjongket keningnya. “Hai! Awak tak habis-habis lagi dengan Detektif Conan? Hampir setiap masa saya tengok awak dengan komik Detektif Conan.”
“Suka hati sayalah. Saya memang minat dengan anime Detektif Conan. Kalau boleh, saya nak jadi penyiasat macam Edogawa Conan! Ataupun Sherlock Holmes!” kata Nisha sambil tersengih. Dia sudah mula memasang cita-cita mahu jadi penyiasat sehebat watak protagonis dalam Detektif Conan, Edogawa Conan atau nama sebenarnya Shinichi Kudo!
“Eh, saya ingatkan awak mahu jadi novelis.”
“Mengapa pula awak ingat saya nak jadi novelis?”
“Sebab awak ada banyak buku novel. Saya rasa dah berjuta-juta novel awak tu di bilik bacaan. Saya fikir awak terlalu suka membaca dan mungkin nak jadi novelis,” balas Syira. Rumah Nisha memang mempunyai banyak buku. Keluarga Nisha mempunyai bilik bacaan khas untuk membaca dan segala bahan bacaan ada di situ. Ada ensiklopedia, novel, komik dan macam-macam lagi. Memang terlalu banyak sehinggakan bilik bacaan keluarga Nisha setinggi dua tingkat! Rasanya pasti bahan bacaan di rumah Nisha sudah mencecah jutaan atau billion! Rumahnya memang berpotensi menjadi perpustakaan awam!
“Saya tak mahu jadi novelis. Saya nak jadi penyiasat. Lebih mencabar dan menyeronokkan! Saya mahu jadi penegak keadilan dan membongkarkan segala misteri di dunia ini!” Nisha menutup lampu dan bersedia untuk tidur. Dia berharap mendapat mimpi yang indah pada malam itu.
@@@@@@